Tuesday 17 May 2011

Kongsi Sedap ke?

Lu langsi lu mati.
Lu tak sedap lu kena maki.
Lagi ape lagi lu yang boleh di lu kan.
Lu tambahlah sendiri

Aku baru je tengok filem KONGSI. Nak tulis review memang tak reti. Jadi aku kata saje eh.

Ape Kata

Plot cerita memang kurang.
Takde moment atau scene yang dapat membuat aku teringat cerita ni.
Lawak memang terbaik walaupun typical comedy tapi ok la kot.
Ending cerita agak tak best.
Seyes aku dah pikir akan ada sambungan cerita ni.
Tup-tup habis camtu.
Aku sendiri meletakkan Temulak lakonan Shazzy Sam sebagai hero dalam cerita ni.
Sekali dia tertangkap dengan scene yang terlalu simple. Oh my...
Habis je cerita aku terpikir sendiri.
Ni cerita genre apa yang aku tengok.
Lawak? Action? Cinta?
Satu pun aku tak pasti.
Lagi satu jangan terkejut muka pelakon rata-rata adalah filem Adnan Sempit.
Al maklum bawah satu naungan yang sama.
Tapi nak tengok polis Malaysia jahanamkan kereta Waja baik korang tengok cerita ni. Hahaha
Alamak komen aku banyak negatif je.
Tapi korang tengoklah eh.
Ni pendapat peribadi aku.
Kalau korang rasa best share kat ruang komen tu.

Jadi pesan aku kat korang semua.

Kalau nak tengok set mind ini cerita buatan Malaysia.
Ni filem lakonan Shazzy. Mesti comedy punya kan.
Tu jela aku nak habaq.

Lain-lain hangpa semua kata di ruang komen ya!

Sunday 15 May 2011

Kedai Peralatan Seks?


Wah dasyat Malaysia sekarang.
Kedai peralatan seks dah merata-rata kan?
Aku pernah nampak kat Melaka dulu satu kedai.
Mana penguatkuasa eh?


Jadi Ape Kata


Pasni memudahkan lah orang nak buat ehem-ehem kan. Baik laki ke  perempuan sama je.
Jadi ape tindakan kita boleh ambil?
Haramkan je kedai-kedai ni. 
Jangan bagi orang meniaga benda-benda ni..
Pastu  seiring dengan tu kenalah banteraslah lembah-lembah maksiat.


Lagi satu tambah kempen jauhi zina. 
Tv pun main peranan. Jangan duduk tayang citer-citer macam "MARIPAR" ops!

Komputer Osama Penuh Porno

Dahla mati diragui.
Bertahun lari tak dapat dicari.
Akhirnya mati dirumah sendiri.
Pelik sehingga dinihari.
Wajah hidup dan mati sama sekali.



Jadi Apa Kate


Dah mati biarkan mati, jangan dia  diburukkan lagi.
Takde isu lain ke? 
Nak burukkan Osama kaki porno.
Nak malukan Islam satu dunia ke Pakcik OBAMA dan Amerika.
Cukuplah ko nak main wayang. Mungkin osama watak OBAMA.
Siapa tahu cerita sebenarnya Biar Tuhan buka kisah di akhirat kelak.



Saturday 14 May 2011

Simbah Asid

Sekarang semua dok risau pasal isu simbah asid sekitar Kuala Lumpur.

Ritu kecoh kat lembah maksiat di Brickfields.
Sekarang kecoh kat Pandan pulak.
Apa nak jadi orang kita.
Tension atau dendam dengan perempuan nak simbah-simbah asid ni.
Tapi pelik yang disimbah hanya perempuan Melayu.
Jangan benda ni jadi isu perkauman sudah.

Jadi ape kata

Apa kata kita buat asid tu barangan terkawal.
Maksudnya perniaga dan pembeli kena mendapat kelulusan daripada polis atau pihak berkuasa.
Kesannya bukan semua orang boleh beli asid.
Jadi kalau kes simbah asid berulang, orang-orang tertentu senang di kesan dan ditangkap.
Nak beli je kena tunjuk IC dan rekod pembelian.
Amacam cun?

Jadi ape kata korang? kongsi kat ruang komen ye

Ape itu "Ape Kata"

Bila isu keluar dalam paper, blog, internet dan Tv.

Mesti korang semua nak kata something bukan.

Aku pun nak kata.

So mari kite kongsi sama-sama apa pendapat kita tentang isu semasa dalam "apekata" di sini.